Wednesday, December 12, 2007

Lelaki Haram Bergelang Tangan

Kejahilan dan kedangkalan utk tidak mendalami ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikiut-ikut dengan tindakan, penerampilan cara hidup orang kafir.

Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan. Sebagai contoh mereka menciptakan alat bagi mengurangkan tekanan darah dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya sebagai satu kaedah perubatan terkini.

Hakikatnya banyak cara lain yang boelh di gunakan, tetapi kerana memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki Muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar Muslim dilaknat oleh Allah s.w.t.,apabila dilaknat mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan wlpun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasullulah s.a.w.: Hadis Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan.
"Apakah bendanya ini"?Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan".
Rasullulalah bersabda,"Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah wlpun utk tujuan perubatan),buangkan benda itu drp. diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya." Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad.


Pemakaian gelang pada hari ini, melibatkan ustaz2,pegawai2 kerajaan, menteri2 bahkan perdana menteri sekali pun...sesungguhnya mereka semua telah tertipu dengan perancangan musuh yang mahu menghancurkan pegangan akidah umat Islam.

Di Malaysia trend ini bermula di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah orang yang baru balik dari Mekah.Sekarang ini dibenarkan oleh Tabung Haji kepada jemaah haji apabila berada di Tanah Suci supaya faktor mudah di kenali atau sebarang kes hilang , kemalangan dsb.

Jenis-jenis gelang yang di haramkan bagi lelaki:-
1) Gelang Kayu koka
2) Gelang Kristal
3) Gelang Tasbih
4) Gelang Getah plastik
5) Gelang Besi magnet
6) Gelang Besi Tabung Haji (apabila berada di Malaysia)


Jenis2 gelang yang diharuskan:-
1) Gelang pesakit semasa berada di hospital (di tanda nama pesakit dan wad)
2) Gelang pesalah/penjenayah (dipakai oleh penjenayah yg telah di tangkap polis)
3) Gelang kaki bagi pesakit gila/jiwa.


Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha menjadi salah satu daripada 3 golongan ini.

wallhualam.

Ustaz Zainuddin Hashim

Tuesday, July 10, 2007

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI


Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet . "Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam.. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

Tuesday, June 19, 2007

Beberapa kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

Kuliah Mingguan Surau An-Nur , 15 Safar 1419 bersamaan 10 Jun 1998 - (Oleh Ustaz Khalid bin Haji Mohd Isa)

Pengenalan
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t . dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba Nya. Firman ALLAH s.w.t dalam surah At-Taghabun, 64 : 15.

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar."

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat .

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." (Maksud Al-Hadith)

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa

1.1 Kurang berdoa semasa mengandung.

Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak.

Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah
Al-Baqarah, 2 : 128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti
* Menakutkan anak-anak dengan sekolah
* Menakutkan dengan tempat gelap
* Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa
mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani(physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya
masuk ke dalam rumah kita
, Baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Friday, June 15, 2007

IKRAMAH BIN ABU JAHAL

Sebelum memeluk Islam Ikrimah pernah membantu bapanya Abu Jahal melemparkan najis kepada Nabi Muhamad SAW yang ketika itu sedang sembahyang di depan Kaabah. Pada hari yang lain dia membantu bapanya mencekik leher Rasulullah. Malah dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh pembesar Quraisy, Ikramah mencadangkan supaya Nabi Muhamad SAW dibunuh.

Ikramah turut serta dalam perang Badar dan Perang Uhud dengan tekad hendak membunuh Nabi Muhamad SAW tetapi tidak berjaya. Namun dendamnya kepada utusan Allah itu kian membara. Tambahan pula setelah ayahnya (Abu Jahal) terbunuh dalam perang Badar.

Pada hari Rasulullah SAW memasuki kota Mekah, Ikramah cuba menghalang tetapi berjaya dikalahkan oleh Khalid bin Walid. Ikramah melarikan diri ke Yaman. Tetapi kedatanganya tidak dialu-alukan oleh Raja Yaman menyebabkan Ikramah pergi ke Habsyah. Semasa dalam pelayaran kapal yang tumpanginya dilanda ribut dan hampir karam. Semua penumpang dalam kapal itu berdoa dan Ikramah turut berdoa kalau selamat dari bencana itu dia akan kembali ke Mekah untuk menemui Nabi Muhamad.

Atikah, isteri Ikramah memeluk Islam lalu menemui Nabi Muhamad dan merayu supaya suaminya dimaafkan. Rasulullah menerima permohonan itu. Kemudian Atikah mencari suaminya untuk dibawa pulang ke Mekah.

Kepulangan Ikramah ke Mekah sampai ke pengetahuan Nabi Muhamad SAW. Baginda amat gembira dan menyambut kedatangan Ikramah dengan berkata, SELAMAT DATANG WAHAI PAHLAWAN YANG TELAH BERHIJRAH. Ikramah amat terharu dengan kebaikan yang ditunjukan oleh Rasulullah lalu menyatakan hasratnya ingin menganut agama Islam.

Setelah masuk Islam, Ikramah menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Nabi Muhamad. Setelah baginda wafat ramai yang murtad malah ada yang mengaku menjadi nabi. Khalifah Abu Bakar melantik Ikramah memimpin tentera bagi memerangi mereka yang enggan membayar zakat dan mengaku menjadi nabi palsu.

Kemudian Ikramah menyertai tentera Islam ke Yarmuk. Tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang bertempur dengan tentera Rom yang berjumlah 240,000 orang. Setelah berlaku pertempuran sengit selama beberapa hari belum ada tanda-tanda pasukan mana yang menang. Akhirnya Ikramah mendapat satu idea. Dia membentuk satu pasukan tentera berani mati seramai 400 orang. Kemudian mereka mengempur musuh menyebabkan pertahanan tentera Rom kucar kacir.

Keberanian Ikrtamah dan pasukan tentera berani matinya menaikkan semangat tentera Islam. Mereka turut menyerbu ke arah musuh lalu berjuang bermati-matian sehingga beroleh kemenangan. Ikramah menemui Syahid di Yarmuk.

Kisah Ikramah ini saya jadikan sebuah novel dengan tajuk IKRAMAH Penentang jadi pembela yang diterbitkan oleh PTS Fortune dan akan berada di pasaran beberapa hari lagi.

Petikan dari http://latiptalib.blogspot.com/2007/03/ikramah-bin-abu-jahal.html

Monday, June 11, 2007

Tanda-tanda-suami-dan-isteri-yang-nusyuz-derhaka

Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian.

Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif sehingga meninggi suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.

Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan sebagai derhaka.

Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah dia bertaubat.

Bagaimanapun, hukuman nusyuz tidaklah sewenang-wenangnya terletak pada suami tetapi ia hendaklah dirujuk ke mahkamah supaya pihak wanita mendapat pembelaan dan tidak teraniaya.

Dalam pada itu, apabila menyebut nusyuz, ia kerap diletakkan kepada wanita semata-mata. Sebenarnya, nusyuz dibahagikan kepada dua iaitu nusyuz isteri dan nusyuz suami.


Di antara sebab berlakunya nusyuz pada pihak isteri ialah:

Apabila disuruh menutup aurat dia enggan berbuat demikian.

Enggan tinggal serumah dengan suami.

Keluar rumah tanpa keizinan suami.

Enggan menunaikan kewajipan sebagai seorang Islam, seperti mendirikan solat dan sebagainya.

Menjauhkan diri daripada suami.

Enggan memenuhi kemahuan suami kecuali yang ditegah dan tidak mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada suami.

Tidak memelihara kehormatan.

Tidak menjaga amanah suami.

Tidak merahsiakan perhubungan suami isteri.

Di antara sebab berlakunya nusyuz di pihak suami pula ialah:

Mengabaikan tanggungjawab dalam pemberian nafkah.

Mengabaikan penyediaan tempat tinggal yang sesuai.

Tidak memberikan perlindungan yang sewajarnya terhadap rumah tangga, isteri dan anak-anak.

Tidak memberikan nafkah kepada anak.

Tidak bertanggungjawab terhadap kesihatan isteri dan anak-anak.

Tidak memberi sepenuh kasih sayang terhadap anak dan isteri.

Melupakan tanggungjawab sebagai pemimpin kepada isteri bagi mendapatkan keredaan Allah.

Mengabaikan pelajaran dan didikan akhlak anak selaras dengan kehendak Islam.

Tidak memelihara kehormatan isteri.

Tidak memberi nafkah batin kepada isteri.

Apabila suami berkahwin lebih dari satu ia tidak berlaku adil.

Setiap yang akan berlaku pasti ada tanda-tandanya, begitu juga dengan nusyuz di mana ada tiga tahap.

Tahap pertama (amara’), contohnya jika dulu isteri menjawab dengan suara yang lembut, “Yang, “Ya bang” kini jawapan itu berubah kasar. Jika dulu isteri menyambut kepulangan suami di muka pintu atau segera dibukakan pintu pagar tapi kini tidak lagi.

Pada tahap kedua (shiqa’) pula, situasi berlaku apabila suami atau isteri diibaratkan seperti anjing dan kucing.

Mereka sering kali bergaduh dan tidak boleh bertentang mata, manakala tingkah laku juga bertukar menjadi kasar, contohnya menghempas pintu atau apabila dipanggil tidak menjawab.

Apabila berada pada tahap ini tindakan yang bijak haruslah diambil jika tidak ia amat berbahaya. Ibarat api dalam sekam.

Pada tahap ketiga (dara’) pula amat serius kerana membabitkan keganasan.

Dalam keadaan berkenaan, tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Kanun Keseksaan

Petikana dari http://azlina.wordpress.com/2006/05/30/tanda-tanda-suami-dan-isteri-yang-nusyuz-derhaka/

Wudhu yang sempurna

Kesempuranaan solah dapat terjadi dari wudhu yang sempurna.
Kesempurnaan wudhu dapat terjadi dari intinja' yang sempurna.

MAKA WUDHU DAN SOLAH tidak jadi sempurna tanpa menyempurnakan kerja-kerja urusan TANDAS.

Mari kita ambil fikir dan pengajaran maksud Hadis Ibnu Abbas RA katanya:
Ketika Rasulullah SAW melalui dua buah kubur, baginda SAW bersabda: Ingatlah, sesungguhnya dua mayat ini sedang diseksa, tetapi bukan kerana melakukan dosa besar.

Seorangnya diseksa kerana dulunya dia suka membuat fitnah dan seorang lagi diseksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya.

Kemudian baginda SAW meminta pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua. Setelah itu beliau menanam salah satunya pada kubur yang pertama dan yang satu lagi pada kubur yang kedua sambil bersabda: Semoga pelepah ini boleh meringankan seksanya, selagi ianya belum kering.
( Muslim ) WA.

Petikan dari http://web.islam.gov.my/forum/mesej.php?10.0000000602&PHPSESSID=95c9496b4bf9733fc7f5f9b9279fc0cb